Tuesday, 16 October 2012

Beza kanak-kanak 90-an dan kini

bila petang-petang aku melepak kat mana-mana tempat, first thing yg bakal mengacau otak pasti zaman kanak-kanak aku yang gemilang (nak lagi cool sila baca dgn nada ala2 KL gangster). Gemilang yang aku cuba nyatakan di sini ialah cara hidup dalam zaman tu sendiri.

Sesiapa yg duduk di kawasan kampung biasanya msti pernah dgr permainan gasing,wau, guli,konda kondi, roundes,bola beracun and beratus lagi jenis permainan yg xmemerlukan tenaga elektrik ni. Utk bermain permainan ini,syarat utama simple je,asalkan anda bukan jenis kera sumbang,rajin p sekolah,rajin p masjid(sbb kat tempat ni kawan2 aku berkumpul,maklumlaa..kecik2 dlu mane kenal mamak lg) dah cukup. Time kecil2 dlu,aku xpernah kenal istilah melayu,india or cina sbb kami hidup sebagai satu keluarga yg besar. still segar kat minda aku ni setiap kali habis waktu solat asar,pasti anak cina bagan merangkap kawan aku si achan@twinkle dah setia menanti nk bermain skali utk hari tersebut. X kurang juga si prakash yg macam biasa pasti melepak smbil menyedut ais-pop,menunggu utk dikalahkan dalam permainan guli(guli jela yg mampu aku menang,main bola sepak,comfirm aku kne bungkus).

Zaman aku kecik2 dlu,game tape nintendo adalah pujaan hati setiap insan,sesiapa yg memiliki bnda ni boleh diibaratkan bos yg mana org keliling ibarat hamba abdi yg hanya menurut arahan.Begitu dasyat penangan game tape ni.even klu aku ingat balik,gambarnya..xpayah cerita.mmg buruk.ditambah plak tape tu perlu ditiup di kala hang ketika sedang bermain.

Membesar dalam satu kampung yg berbilang bangsa mengajar aku utk lebih faham asas budaya kaum lain. Berbalik kepada story budak sekarang..jauh sgt bezanya. Tak payah p jauh2, tgk adik aku sendiri pn dah cukup. Segala sahabat,segala pakwe,segala makwe semuanya dalam alam maya semata-mata.Dari sudut positive, mmg elok sbb dapat elakkan dosa. Maklumla,bila dah berkumpul umur sebaya ni,jahat syaitan dgn jahat manusia makin sukar nk dikenalpasti.

Umur baru mencecah 6 tahun dah pandai pm aku kat fb,alahai..time umur aku cam korang,aku tgk komputer tu pn ibarat ternampak alien yg baru sahaja turun ke bumi.Jgn kate nk guna, nk tekan button on pun takut sbb everytime aku nk tekan,mesti cikgu aku mencelah.."jgn pandai2 tekan,meletup nanti". Mujurlah aku semakin bijak utk tidak percaya penipuan guru trsebut.Jika tak,mungkin sehingga kini aku still mengirim surat guna pos malaysia..Maybe..

Jika zaman kanak-kanak aku dihidangkan dgn permainan traditional, kanak-kanak zaman skrg plak dihidang dgn game dalam tablet masing2.paling ayam pn dekat smartphone yg ternyata lebih smart dari phone yg aku guna skrg ni. Temple run,angry bird,angry nanny bukan lagi satu yang asing bagi generasi baru ni.

Camtulah..beredarnya masa,begitu jugalah beredarnya cara peradaban manusia. Jika tak diikut,ketinggalan. Segala permainan traditional tu kini hanya wujud dalam buku teks sekolah dan memori mereka yang lahir tahun 90-an dan sebelumnya.

p/s: paling aku xle trima,aku kena tembak dgn anak lecture aku sendiri.berikut adalah dialog trsebut:
     
       budak: tgk gambar abg..tgk ni.
       Aku   : fuyooo..ade ipad.
       budak:bukan ipad la..ni samsung galaxy tab.
       aku    : ........................(aku tau la yg tu tab,tapi perlu ke aku be so specific)


No comments:

Post a Comment