Saturday 27 August 2011

Kad raya – Antara dulu dan kini

Kad raya memang sinonim gler dengan masyarakat Malaysia. Tambahan plak di musim perayaan ni. Tapi jumlah kad raya kian berkurang tahun demi tahun. Kalau ikut statistik Pos Malaysia, tahun 2005, lebih kurang 8.7 juta unit kad raya diedar ke seluruh tanah air namun berkurang ke 5.1 juta pada 2010.
Kalau kita semua ingat balik, banyak ciri-ciri menarik kad raya ni. Aku ingat lagi stail paling famous bile bagi kad raya, kat dalam kad tu lekatkan duit syiling satu sen. Padahal kalu setakat satu sen, ko bawak pi kedai, beli gula-gula getah pn tak lepas.
Macam-macam jenis kad yang kita pernah tgk. Yang kecik, yang besar, yang bentuk ketupat tak kurang juga yang berbunyi lagu raya bila dibuka. Tapi maklumla, zaman tu tak maju lagi. so lagunya sekadar berbunyi ala-ala monotone gaya Nokia 3310 yang begitu famous satu ketika dahulu sampai org gantung kat leher sebagai tanda mereka memiliki telephone tanpa wayar yang amat canggih.cehh..
Namun,kini kad raya tak lagi dapat dipegang sebab kad raya dihantar cuma melalui FB, twitter and etc. Senang, modal tak banyak. Tekan sent,terus sampai kat penerima. Aku pun salah sorang yang buat benda ni.
Tu la berubahnya zaman, skg ni dah xde lagi kad raya yang nak digantung kat dinding umah. Kalau korang cukup kreatif, mungkin anda boleh gantung laptop anda kat dinding sebagai tanda anda pn dapat kad raya. Di samping tu, boleh gak tayang laptop baru. Kad raya traditional memang mengimbau banyak memori kerana tulisan adalah hasil tangan si penulis tu sendiri. Tak macam skg, org lain buat, kte copy and sent kat org yang kita nak. Ape pun, dunia sentiasa berubah. silap- silap generasi akan datang tak wish pape pun untuk raya yang bakal dirai.

No comments:

Post a Comment