Tuesday, 19 July 2011

Which one BEAST

Dah jadi norma hidup haiwan,yang kuat pasti duduk on the top of the food pyramid. Yang lemah tu korang pun tau ape nasib diorang. Tapi tak bermakna haiwan yang ganas ni  langsung tak paham makna kasih sayang.


Yaa..garang-garang harimau tak makan anak sendiri kan? Kita tukar sket pepatah ni" garang-garang harimau,garang lagi manusia ni" Kenapa aku cakap garang? tgkla picture bawah ni,anak sendiri pn diorang boleh campak kat longkang..

AMARAN : Gambar di bawah agak mengerikan,klu xsanggup, jgn tgk.. 





Buaya Pun Penyayang..Manusia??


Manusia adalah sebaik-baik ciptaan,diutus ke dunia ni sebagai Khalifah. Di antara khalifah ni,masih ramai je kat luar sane yang langsung xreti nak kenang jasa org yang berbuat baik kepada mereka. Sebagai contoh, mak bapak jaga anak mereka sebaik yang boleh,but at last ape nasib mak bapak mereka? Paling bagus pn diorang pi humban masuk rumah org tua-tua. Alasan, tak larat nak jage.  Ingat sket,restu tuhan  terletak kat restu mak. Agak-agak korang la,klu buat mak bapak cam sampah, bole ke nak masuk syurga? Sedangkan itu memang  tiket nak bawak kita pegi sana. Di bawah ini ade sedikit cerita yang menunjukkan BINATANG pn pandai menghargai org yang menjaga mereka.

Di costa Rica, seorang nelayan memecah pandangan Buaya dari seekor makhluk buas yang kejam kepada makhluk yang penyayang. Chito 52, seorang nelayan dari Costa Rica bersahabat baik dengan seekor Buaya sepanjang 5,18 m (17 kaki), dan seberat  444 kilogram yang diberi nama Pocho. Persahabatan mereka bermula kira-kira 20 tahun yang lalu apabila Chito menemui Pocho dalam kedaan yang parah kerana seseorang telah menembak mata kirinya. Buaya tersebut dibawa pulang oleh Pocho atas dasar kasihan kerana kecederaan yang agak parah.Ketika ditemui,berat Pocho hanya 68 kg.Fuhh.. Salute aku kat mamat ni. Nak dijadikan citer, Chito menjaga Pocho dengan sebaik mungkin malah pernah tidur di sebelah haiwan berkenaan bagi memastikan Pocho mengetahui bukan semua manusia ganas terhadapnya. Setelah sekian lama, luka tersebut kian sembuh, dan Chito berhasrat melepaskan Pocho ke habitatnya semula. Selepas dilepaskan, Chito pulang ke rumahnya dan dia amat terkejut apabila buaya tersebut mengekorinya dari belakang. Sejak dari itu,wujud satu hubungan yang tak dapat dijelaskan kerana hampir setiap hari Chito akan berenang bersama Pocho,gergasi sepanjang 17 kaki tanpa diserang oleh haiwan berkenaan malah Pocho hanya menerima Chito untuk berenang bersamanya.

 Anda fikirla, haiwan pun tau mengenang jasa walaupun dah terang-terang Chito tu bukan makhluk yang sama spesies dengannya. Jika haiwan pn boleh membalas jasa,jadi siapakah mereka dan species apakah mereka yang mengabaikan ibu bapa? Jangan sampai mereka dah tiada depan mata baru terdengar suara penyesalan yang mengundang rase ingin menyepak  di muka.

Untuk melihat video mereka,sila layari Youtube,search Chito & Pocho

Yang Cantik Tak Bermakna Bagus

Asal sebut cantik je,mesti perkara yang positif akan sampai kat otak kita dulu. Tpi ade yang cantik yang mampu memudaratkan. Di bawah ni antara contoh tanaman yang cantik tapi mampu memudaratkan,malah lebih teruk mampu membunuh!! Berikut antara tumbuhannya:



1.Oleander (Nerium Oleander)















2. Manchineel (Hippomane Mancinella)




















3. Deadly Nightshade (Atropa Belladonna)
















4. Castor Beans














5. Water Hemlock (Cicuta)















6. English Yew (Taxus Baccata)




















                                  7 . Daphne

So, adakah yang cantik tu benar-benar baik untuk kita?









Monday, 18 July 2011

Some Creative Thinking people

Advertisement mestila kena something yang cun and boleh grab attention others utk tgk & ingat mesej yang cuba nak disampaikan..Dibawah ni aku ade selitkan beberapa ads yang bagi aku cukup creative. Kat Malaysia aku xpenah npk lagi..Tapi aku berharap 1 day i'll see this kind of ads around me. Boleh gak tersengih sorang-sorang melayan ads yang cukup creative ni.








See,creative kan? Maybe ade antara korang yang da tgk ads ni,tpi xpe,maybe boleh suggest kat aku another ads yang creative macam ni.

Sunday, 17 July 2011

A k u J u m p a B U M B L E B E E

Aku salah sorang dari berjuta orang yang minat yang amat sgt kat Filem Transformer. Hati aku awal-awal dah lekat kat filem ni since 1st movie dia. Sampai satu tahap aku frust gler almost nak kuar dari wayang because Optimus Prime mati dalam sekual kedua filem ni. Tpi nasib baik Optimus hidup balik kat ending citer tu..aku kuar dari wayang dgn hati yang berbunga-bunga. Even Avatar mendapat pujian yang cukup hebat,tapi bagi aku CGI Transformer still one of the greatest ever. Aku teringin gler nak belajar buat semua tu even aku tau chance tu mungkin takkan dtg.Yela,klu Micheal Bay dtg depan aku,mungkin aku da pengsan dulu before sempat salam dgn die.
 Nak dijadikan citer,aku ternampak Transformers Special Edition Chevy Camaro ni mase dekat PICC, dibawa khas oleh Naza World..Memang stail abis kete ni. Ikut hati aku,aku nak pikul bawak balik umah,simpan kat ruang tamu.


Here some picture of this awesome yellow machine.. 

View From the right side
From Front















Antara specification of Camaro Transformer Edition is :

* AUTOBOT® shield on the driver and passenger side panels
* AUTOBOT® shield on each of the four wheel's center cap
* AUTOBOT® shield embroidered on interior center console
* "TRANSFORMERS" logo on driver and passenger doors
* "TRANSFORMERS" logo embedded into the hood rally stripes
* High-gloss black center rally stripe package




Logo on the side


Look At the yellow baby
Awesome!!













Satu je problem kete ni, driver seat on left. Kena nak bayar tol,naya aku nak panjat seat sebelah. Terpaksa pulak guna smart tag ye tak?

Saturday, 16 July 2011

S a m a n y a M a n u s i a & S e m u t

Macam-macam saiz semut kita bole tgk sepanjang hidup kita, korang nak yang hitam,merah,panjang,pendek,bulat dll. Same like human, korang nak yg kurus, berisi, tinggi,yang bonsai semua ade.

Persamaan semut & manusia yang aku cuba nak tunjuk ialah dua-dua ade bisa yang tersendiri. First aku nak citer pasal semutlah, nak specific lagi, aku focus kat Semut Peluru @ Paraponera clavata. Nak citer semua jenis,sampai raya haji tahun depan tak abis. So,lets start with this awesome creature.

 
Semut Peluru adalah salah satu jenis dari Paraponera,iaitu salah satu spesies semut terbesar di Dunia. Semut peluru mempunyai nama latin (Paraponera clavata). Semut Peluru ni dinamakankan ala-ala Cowboy Billy The Kid kerana mempunyai sengatan yang sangat kuat. Spesies ini hidup di hutan hujan tropika di dataran rendah yang berlembab dari selatan Nikaragua sampai Paraguay. penduduk setempat menamakan semut peluru sebagai "Hormiga Veinticuatro" atau "Semut 24 (jam)",oopss,nanti dulu. Semut ni dipanggil camtu bukan sebab die buat part time kat seven eleven tapi kerana dari mulai digigit rasa sakit itu akan terasa selama 24 jam. semut peluru berukuran 18-25 mm panjang dan berwarna hitam agak kemerahan. 

Koloni semut peluru ini terdiri dari beberapa ratus ekor dan biasanya terletak di dasar pohon. Semut Peluru berburu secara individu di atas pohon dan di sekitar sarangnya. Semut pekerja berada dekat sarang untuk menjaga para semut kecil dan mengambil nektar hingga sampai ke ujung pohon. Nektar dibawa ke sarang untuk makanan
bayi semut oleh Semut pekerja menggunakan rahangnya. semut pekerja berukuran 18-25 milimeter dan warnanya agak hitam kecokelatan. Sedangkan semut ratu tubuhnya lebih besar hanya mampu menghasilkan telur saja. Kaki bahagian depan berwarna keemasan, badan dan kakinya berbulu. badan semut peluru ini lebih mirip seperti bentuk binatang tawon tanpa sayap. Organ Semut peluru ini berada di lambung, yang dapat mengeras bila terjadi bahaya atas dirinya.

Semut peluru mempunyai racun yang sangat kuat, yang dapat melumpuhkan mangsa mereka atau menyerang demi perlindungannya. Rasa sakit yang disebabkan oleh gigitan semut peluru ini kononnya lebih besar dari pada Hymenoptera lainnya. Tingkat keparahan dari rasa sakit akibat gigitan semut peluru ini pada sekala 1,0 - 4,0 menurut Schmidt Sting Pain Index. Schmidt Sting Pain Index adalah skala rating rasa nyeri yang disebabkan gigitan Hymenoptera. Rasa sakit ini bisa digambarkan seperti di bakar hidup-hidup, hingga sakit yang berdenyut-denyut itu berlanjut selama 24 jam. semut ini telah berevolusi dengan cara menangkis pemangsa yang akan menggali mereka. Untuk mengubati gigitan semut ini, perlu menggunakan Poneratoxin (Neurotoxin Pentacosapeptide) kerana kulit akan mengalami kerosakkan akibat luka gigitan semut peluru. 

Di dalam pedalaman hutan Amazon orang suku Satere-Mawe, para pemuda yang mengikuti ritual kedewasaan harus memasukkan tangan ke dalam sarung tangan yang sudah di isi semut peluru tersebut selama 10 minit sampai 20 kali. Mereka akan menderita kerana tersengat oleh semut peluru. Setelah selesai, bahagian lengan tangan tersebut akan lumpuh sementara disebabkan racun semut peluru tersebut.

See, how incredible makhluk ni? Even small in size but totally so damn dangerous!! Same like human..Bisa kita pn kat mulut jugak,same cam semut. Jauh lagi berbisa dari semut ni. Sebab mulut kita boleh bergaduh,sebab mulut kawan baling cawan kat muka kawan,sebab mulut ramai manusia tikam manusia.Kalau tak,takkanlah pernah dinyatakan “yang Tajam Itu Lidah” .

Adakah teruk bisa di mulut kita?

 
Sumber Maklumat Semut Peluru dipetik dari http://wyna95nubies.blogspot.com/2011/07/semut-peluru.html

Tuesday, 12 July 2011

K.A.W.A.N

Blog ni baru lagi,so aku cuba menambah entri baru agar aku rase terkesima melihat blog aku sendiri.Sedang aku melayan lagu omputih,Tetibe dtg idea yang meluap-luap untuk aku menulis bile dah bosan..so,aku nak cerita pasal KAWAN..

Kawan oh kawan,
Dulu kau kawan,tapi kenapa skg jadi lawan?
Perangai baik depan-depan,
Belakang-belakang mulut macam setan

Kawan oh kawan,
Time berkawan janji buat baik sampai pakai kain kapan,
Tapi tak sempat 12 bulan,
Pijak aku macam papan tepi jalan.

Kawan oh kawan,
Nak masam muke pusing-pusing jumpe kat kedai makan,
Duduk jauh-jauh biar nampak putus persaudaraan,
Mau tak hangin satu badan.

Kawan oh kawan,
Mujur aku ramai kawan,
Kawan yang betul-betul boleh jadi KAWAN
Tak macam kau,ikut hati aku letak dalam laci bagi simpan.

Kawan oh kawan,
Aku pun hamba tuhan,
Sekali dua boleh sabar,
Kene sepuluh kali,mau aku tak meroyan?

Kawan oh kawan,
Hati kawan jangan jadikan taruhan,
Jumpe partner lain ko pandang kawan cam lipan,
Xpelah..mungkin nanti kau dapat balasan.

Kawan oh kawan,
Tgk mcm gambar di bawah yang aku sisipankan,
Semua senyum, langsung xde muka hairan,
Sebab ape x hairan?sebab kami x mengumpat kawan dalam jamban.
















Kawan oh kawan,
Pergi tempat baru aku jumpa ramai kenalan,
Walau gambar bawah ni ade yang dah x jmpe zaman-berzaman,
Tapi dalam hati korang semua aku simpan.

















Kawan oh kawan,
Aku tulis bukan nak tembak mane-mane insan,
Cume menyebut ape yg rase x berkenan,
Sebagai tanda ingatan,
Bukan ape kawan,
Mati tu x bagi amaran,
Nanti mati kot xde yang  dtg sebagai tanda ehsan,
Jangan nanti jadi hantu,lepak tepi longkang sembang pasal penyesalan
Kesian,kesian....

Tulisan seorang kawan bile bosan.......

Monday, 11 July 2011

P e r j a l a n a n M e r e n t a s i P a n t a i T i m u r S e m e n a n j u n g

 

Perjalanan bermula..ketika ini aku ingat trip to kelantan,terengganu and pahang akan melibatkan perjalanan yang tak begitu lama (padahal kawan-kawan dah ckp awal-awal,ko tidur pastu bangun balik pun belum tentu sampai) tapi aku menyedapkan hati sendiri dengan melihat peta,dgn secara tak langsungnya kedudukan antara negeri cuma dijarakkan dgn 4 inci sahaja apabila dilihat dalam peta. selepas 5 jam aku masih tak sampai di lokasi yang ingin dituju.


Aku tiba di kelantan sharp pukul 6.30 ptg hari yang sama. Padahal aku dah bertolak pada pukul 7.00 pagi ketika burung layang-layang masih sibuk berfikir sama ada nak bangun atau terus melabuhkan mata di pagi yang sejuk membeku itu. aku rasa aku tak sesat,mungkin kelajuan kereta yang pada ketika itu memiliki 2000 kuasa kuda melambatkan perjalanan aku. Gambar signboard ini aku snap sebagai bukti aku ade kt kelantan (tak tau la aku kot-kot negeri lain pn ade nama jalan camni) kerana nama tersebut begitu sinonim dengan negeri ini.
 Dengan langkah penuh kesombongannya, aku pegi ke Pasar Siti Khadijah (kalau aku salah eja,sorry sbb aku pn x sure nak eja ni) Atmosfera yang cukup menarik,cuma aku terkedu bila breakfast aku dikenakan caj yang agak mahal. Nasi putih+ ayam goreng + teh tarik = RM 17.30..aku bertanya semula kat makcik itu,mmg betul itu amaunnya walaupun aku berharap makcik tu salah sebut. Hati ni ingin bertanya sekali lagi tentang harga makanan itu,tpi risau pula aku ditendang makcik tersebut kerana aku tak hairan jika makcik itu mampu menendang dgn padu,maklumlah..ramai juara muai thai yang lahir di negeri yang bertuah ini.


Sedang aku leka mengamati panorama bandar kelantan.aku tertarik dgn sebuah kedai ni. Kedai ni klu kawan aku jumpa mmg die cium tangga kedai ni kot kerana dia amat fanatik dgn senjata api. Walaupun kawan aku ni sekadar memegang senjata di dalam video games Call Of Duty milik kawan aku yang sorang lagi. aku tak pasti sama ada aku je yang pelik atau kedai ini mmg wujud bak 7 eleven di merata negeri. Walaubagaimanapun, ianya tetap menarik perhatian aku untuk memegang kamera dan mengambilnya sebagai 1 memori.

 Gambar ini Pula diambil di Pantai Irama,kelantan..Pantainya cukup cantik mengatasi awek-awek yang lalu lalang ketika itu. Pantainya bersih, cuma jumlah pengunjung yang tak begitu ramai.Mungkin disebabkan pantai ini tak tercatat dalam kalendar perlancongan Malaysia (Ish,rase cam wakil Kementerian Perlancongan Pulak) 

 Ini pula adalah lokasi yang seterusnya, Pantai Rhu Sepuluh, Terengganu.Tempat ni lagila xde orang..maybe disebabkan ombak yang agak besar tak sesuai untuk dijadikan tapak perkelahan..Mmg cantik tgk sunset kat tempat ni. Dalam gambar ni aku cuba nak dapatkan satu gambar yang xde subjek manusia langsung,tapi dua org budak yang terdapat dalam gambar berkenaan setia menanti ombak walaupun dah hampir setengah jam aku menunggu. Jadi aku snap je lah pic ni..

 Masih di pantai yang sama,senario kehidupan nelayan dapat dilihat dengan jelas. Bila aku tgk keadaan sekeliling buat aku tertanya-tanya.."kat sini ke tempat iklan raya Petronas shooting dulu" kerana tempat ini amat mirip dengan iklan tv favourite aku tu. Sehingga hari ini aku masih kagum dengan iklan tersebut kerana nilai iklan itu sendiri cukup aku kagum.

 Tempat ini pula aku x pasti dimana. Sebab tempat ini berada antara sepadan Terengganu dan Pahang..So,aku xnak sebut negeri mana yang punya. Tapi masih mengekalkan view yang amat nice gler..Aku akui pantai di bahagian Pantai timur cukup cantik dan bersih..Please clap your hand to peoples who living around this place..

Haa..yang ni kat negeri mana,korang tekalah sendiri. Sebab aku rasa kat mana-mana negeri pn kita boleh nampak senario ini.Mungkin kita sendiri yang membutakan mata dgn mengharapkan orang lain akan menjaga jalur kebanggaan rakyat Malaysia ni. Hope u guys enjoy with post aku yang pertama ni..Saya budak baru belajar,klu salah tlglah tunjukkan..