Monday, 11 July 2011

P e r j a l a n a n M e r e n t a s i P a n t a i T i m u r S e m e n a n j u n g

 

Perjalanan bermula..ketika ini aku ingat trip to kelantan,terengganu and pahang akan melibatkan perjalanan yang tak begitu lama (padahal kawan-kawan dah ckp awal-awal,ko tidur pastu bangun balik pun belum tentu sampai) tapi aku menyedapkan hati sendiri dengan melihat peta,dgn secara tak langsungnya kedudukan antara negeri cuma dijarakkan dgn 4 inci sahaja apabila dilihat dalam peta. selepas 5 jam aku masih tak sampai di lokasi yang ingin dituju.


Aku tiba di kelantan sharp pukul 6.30 ptg hari yang sama. Padahal aku dah bertolak pada pukul 7.00 pagi ketika burung layang-layang masih sibuk berfikir sama ada nak bangun atau terus melabuhkan mata di pagi yang sejuk membeku itu. aku rasa aku tak sesat,mungkin kelajuan kereta yang pada ketika itu memiliki 2000 kuasa kuda melambatkan perjalanan aku. Gambar signboard ini aku snap sebagai bukti aku ade kt kelantan (tak tau la aku kot-kot negeri lain pn ade nama jalan camni) kerana nama tersebut begitu sinonim dengan negeri ini.
 Dengan langkah penuh kesombongannya, aku pegi ke Pasar Siti Khadijah (kalau aku salah eja,sorry sbb aku pn x sure nak eja ni) Atmosfera yang cukup menarik,cuma aku terkedu bila breakfast aku dikenakan caj yang agak mahal. Nasi putih+ ayam goreng + teh tarik = RM 17.30..aku bertanya semula kat makcik itu,mmg betul itu amaunnya walaupun aku berharap makcik tu salah sebut. Hati ni ingin bertanya sekali lagi tentang harga makanan itu,tpi risau pula aku ditendang makcik tersebut kerana aku tak hairan jika makcik itu mampu menendang dgn padu,maklumlah..ramai juara muai thai yang lahir di negeri yang bertuah ini.


Sedang aku leka mengamati panorama bandar kelantan.aku tertarik dgn sebuah kedai ni. Kedai ni klu kawan aku jumpa mmg die cium tangga kedai ni kot kerana dia amat fanatik dgn senjata api. Walaupun kawan aku ni sekadar memegang senjata di dalam video games Call Of Duty milik kawan aku yang sorang lagi. aku tak pasti sama ada aku je yang pelik atau kedai ini mmg wujud bak 7 eleven di merata negeri. Walaubagaimanapun, ianya tetap menarik perhatian aku untuk memegang kamera dan mengambilnya sebagai 1 memori.

 Gambar ini Pula diambil di Pantai Irama,kelantan..Pantainya cukup cantik mengatasi awek-awek yang lalu lalang ketika itu. Pantainya bersih, cuma jumlah pengunjung yang tak begitu ramai.Mungkin disebabkan pantai ini tak tercatat dalam kalendar perlancongan Malaysia (Ish,rase cam wakil Kementerian Perlancongan Pulak) 

 Ini pula adalah lokasi yang seterusnya, Pantai Rhu Sepuluh, Terengganu.Tempat ni lagila xde orang..maybe disebabkan ombak yang agak besar tak sesuai untuk dijadikan tapak perkelahan..Mmg cantik tgk sunset kat tempat ni. Dalam gambar ni aku cuba nak dapatkan satu gambar yang xde subjek manusia langsung,tapi dua org budak yang terdapat dalam gambar berkenaan setia menanti ombak walaupun dah hampir setengah jam aku menunggu. Jadi aku snap je lah pic ni..

 Masih di pantai yang sama,senario kehidupan nelayan dapat dilihat dengan jelas. Bila aku tgk keadaan sekeliling buat aku tertanya-tanya.."kat sini ke tempat iklan raya Petronas shooting dulu" kerana tempat ini amat mirip dengan iklan tv favourite aku tu. Sehingga hari ini aku masih kagum dengan iklan tersebut kerana nilai iklan itu sendiri cukup aku kagum.

 Tempat ini pula aku x pasti dimana. Sebab tempat ini berada antara sepadan Terengganu dan Pahang..So,aku xnak sebut negeri mana yang punya. Tapi masih mengekalkan view yang amat nice gler..Aku akui pantai di bahagian Pantai timur cukup cantik dan bersih..Please clap your hand to peoples who living around this place..

Haa..yang ni kat negeri mana,korang tekalah sendiri. Sebab aku rasa kat mana-mana negeri pn kita boleh nampak senario ini.Mungkin kita sendiri yang membutakan mata dgn mengharapkan orang lain akan menjaga jalur kebanggaan rakyat Malaysia ni. Hope u guys enjoy with post aku yang pertama ni..Saya budak baru belajar,klu salah tlglah tunjukkan..

No comments:

Post a Comment