Saturday, 27 August 2011

Kad raya – Antara dulu dan kini

Kad raya memang sinonim gler dengan masyarakat Malaysia. Tambahan plak di musim perayaan ni. Tapi jumlah kad raya kian berkurang tahun demi tahun. Kalau ikut statistik Pos Malaysia, tahun 2005, lebih kurang 8.7 juta unit kad raya diedar ke seluruh tanah air namun berkurang ke 5.1 juta pada 2010.
Kalau kita semua ingat balik, banyak ciri-ciri menarik kad raya ni. Aku ingat lagi stail paling famous bile bagi kad raya, kat dalam kad tu lekatkan duit syiling satu sen. Padahal kalu setakat satu sen, ko bawak pi kedai, beli gula-gula getah pn tak lepas.
Macam-macam jenis kad yang kita pernah tgk. Yang kecik, yang besar, yang bentuk ketupat tak kurang juga yang berbunyi lagu raya bila dibuka. Tapi maklumla, zaman tu tak maju lagi. so lagunya sekadar berbunyi ala-ala monotone gaya Nokia 3310 yang begitu famous satu ketika dahulu sampai org gantung kat leher sebagai tanda mereka memiliki telephone tanpa wayar yang amat canggih.cehh..
Namun,kini kad raya tak lagi dapat dipegang sebab kad raya dihantar cuma melalui FB, twitter and etc. Senang, modal tak banyak. Tekan sent,terus sampai kat penerima. Aku pun salah sorang yang buat benda ni.
Tu la berubahnya zaman, skg ni dah xde lagi kad raya yang nak digantung kat dinding umah. Kalau korang cukup kreatif, mungkin anda boleh gantung laptop anda kat dinding sebagai tanda anda pn dapat kad raya. Di samping tu, boleh gak tayang laptop baru. Kad raya traditional memang mengimbau banyak memori kerana tulisan adalah hasil tangan si penulis tu sendiri. Tak macam skg, org lain buat, kte copy and sent kat org yang kita nak. Ape pun, dunia sentiasa berubah. silap- silap generasi akan datang tak wish pape pun untuk raya yang bakal dirai.

Trend perniagaan orang Melayu

Aku dilahirkan sebagai melayu, sebagai bukti of course la IC aku. Aku bangga kerana dilahir dan dibesarkan sebagai melayu. Namun, aku tak tau sama ada ini senario biasa atau memang trend perniagaan orang melayu.
Apa yang cuba aku nak cakap ialah kenapa orang Melayu suka menceburi bidang yang sama beramai-ramai?sebagai contoh, hari ni mamat A berniaga Burger. Tup –tup lagi 2 hari Mamat B pun berniaga burger selang beberapa kangkang kera dari kedai Mamat A.kalau kera tu kangkang luas-luas pun aku dapat rase yang jaraknya kurang dari 20 meter. kalau populasi penduduk bertambah setiap jam aku paham la,mungkin nak memenuhi keperluan penduduk.
Bila tgk dah ade yang berniaga, tak lama pastu kedai burger tumbuh cam cendawan selepas hujan dan selang beberapa bulan pastu pun kedai burger tutup bagai cendawan mati tak kena hujan. Kenapa? Alasan tak balik modal. Memangla tak balik modal bang oi, klu dah pembeli ade 10 tapi peniaga ade 25 orang, memang ramai la yang lingkup.
Tu antara contoh yg plg ketara, belum lagi trend ternak ikan keli, tanam tembikai susu yang rata-rata pengusaha sudahnya ambil hasil tu buat lauk makan sendiri kat rumah.

Free Wi-fi –Antara keuntungan dan kerugian

Bila cakap pasal free wi-fi, tempat pertama yang akan melintas kat otak pastinya kedai-kedai fast food like McD, kfc,pizza and etc. Tapi kat tempat aku ni, paling power pun yang ade wi-fi mamak la. Maklumlah, ade fast food restaurant pun baru nak pasang signboard si tua berjanggut tu.
Nak dijadikan cerita,ade mamak yang ade wi-fi pn jaraknya lebih kurang 15 KM dari lokasi pekan ni. Pernah aku bertanya kat kat salah sorang tokey kedai makan kat sini,
“bang, kenapa abang x pasang wi-fi kat kedai?”
“Alah,mahal lah bro, RM 100 sebulan”
Aku selalu gak la lepak kat mamak yang ade wi-fi tu, even jarak die memang x logik aku nak lepak ditambah dengan kesejukkan subuh yang mampu menyebabkan frostbite percuma. Even jauh, aku boleh nampak budak-budak dari pekan aku datang ke tempat ni semata-mata nak online. Kalau difikirkan balik, aku tak paham kenapa tokey kedai makan kat tempat aku cakap wi-fi RM 100 sebulan mahal.
Cuba korang bayangkan, kat tempat aku ni ade kolej, ade politeknik and belum lagi aku citer budak-budak sekolah yang dah ade laptop. Zaman dah berubah, budak sekolah rendah pun dah ade laptop. Just imagine, kalau ade 30 tables kat kedai makan and cuma 5 tables yang ade org duduk makan-makan. Alangkah ruginya. Cuba pasang wi-fi, even diorang just duduk minum air, paling murah pn air boleh charge RM 1.00. Let say satu table tokey kedai boleh untung RM 5.00, RM 5.00 x 30 tables = RM 150.00. tu kalau diaorang order air je. Kalau makan sekali?
So,ape yang ruginya, kos wi-fi RM 100 sebulan kalau devide 30 hari,kosnya lebih kurang RM 3.34 je sehari. Kalau banding dengan untung yang bakal diterima? Silap hari bulan, tokey kedai ni boleh bawak anak bini pi haji tetiap tahun.

Ayah dan Ibu

Di bulan Ramadan yang kian menutup tirainya ni, pasti ramai yang dah sakan shopping raya. Klu boleh,sofa pn ade yang cuba nak masuk dalam kereta buatan Malaysia milik masing-masing.Pada satu hari, aku pun berjalan di ekspo raya sekadar berjalan-jalan untuk merasai hangatnya suasana raya. Di sebalik ribuan umat manusia yang melimpah kat tempat tu, terlihat aku satu situasi yang cukup menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. Tapi aku control la, wat gaya cam cool. Kang orang kate aku mat sinetron plak.
Ade sebuah keluarga bersama 5 anaknya yang maybe masih sekolah rendah. Antara dialog keluarga tersebut yang masih melekat kat otak aku ni.


Anak 1 : abang nak baju biru
Anak 2: angah nak baju kuning
Anak 3: nak yang kuning gak
Anak 4 & 5 : nak yang tu
Mak: adik ngan imin pakaila baju abang,kan muat lagi. Nanti mak basuh bersih-bersih cantikla nanti.

Budak-budak tu terus merenggek and masing-masing tetap dengan pilihan baju yang sama.
Mak: Adui,camner ni bang? kalau nak beli semua skali,duit cukup-cukup je ni. Ni pun da campur duit barang dapur.
Ayah:Belikan jela, kesian tgk budak-budak tu,nanti abang buat kerja lebih ade rezeki bolehlah tambah buat beli belanja rumah.

Ni lah ayat yang betul-betul aku dengar guna telinga aku ni. Takde yang aku tokok tambah. Hebatnye lah kasih sorang Ibu & bapa. Tersebak gak aku terdengar perbualan keluarga tu. Aku bujang and aku masih tak faham hati sorang bapa. Klu aku yang jadi bapa budak tu mungkin aku dah menjegil mata sebagai taa amaran. Tapi macam aku cakap,aku belum lagi bergelar bapa. Mungkin satu hari nanti aku jauh lebih sayang anak aku atau aku mungkin jadi bapa yang ditaktor. Masa depan,xsape boleh bagitau. Sebelum aku memblahkan diri dari situasi tu,terdetik kat hati aku, “semoga Allah murahkan rezeki kau pakcik”. Hebatnya bapa dan lembutnya ibu. Aku harap aku pun boleh jadi lebih hebat dari bapa yang aku lihat tadi.

Sekadar hiasan

Tuesday, 23 August 2011

Ramadhan Ya Ramadhan


SALAM RAMADAN DARI PENULIS


Yeah...sekian lame aku tak online,akhirnya dapat gak aku internet connection (bunyi sebijik cam aku duk dalam gua) Dikesempatan aku masih ade connection ni, inginlah aku mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadan walaupun aku wish pada hari ke- 23 ramadan. Semoga bertambahlah pahala amalan di kala terbukanya pintu-pintu syurga di bulan yang mulia ni. ni pun da masuk 10 malam terakhir yang sememangnya menjanjikan malam yang special untuk semua hambaNya,xpayah aku nak cakap pasti kita semua tahu malam yang dijanjikan ganjaran seribu bulan. Rebutlah sementara masih berpeluang kerana tak sape pn boleh bagitau adakah wujud lagi Ramadan utk kita pada tahun akan datang kerana MATI itu PASTI..

Anyway, selamat beramal di bulan yang mulia ini. balik kampung drive elok-elok di musim perayaan ni. Sebab biar keluarga menangis gembira kerana ahli keluarga berkumpul semua, bukan kerana ada yang pergi meninggalkan dunia ini selamanya.bagi yang dah takde kat dunia ni,sedekahkanlah Al-fatihah, kerana bulan ramadan adalah bulan rahmat bagi yang hidup atau yang telah meninggal dunia.