Saturday 27 August 2011

Trend perniagaan orang Melayu

Aku dilahirkan sebagai melayu, sebagai bukti of course la IC aku. Aku bangga kerana dilahir dan dibesarkan sebagai melayu. Namun, aku tak tau sama ada ini senario biasa atau memang trend perniagaan orang melayu.
Apa yang cuba aku nak cakap ialah kenapa orang Melayu suka menceburi bidang yang sama beramai-ramai?sebagai contoh, hari ni mamat A berniaga Burger. Tup –tup lagi 2 hari Mamat B pun berniaga burger selang beberapa kangkang kera dari kedai Mamat A.kalau kera tu kangkang luas-luas pun aku dapat rase yang jaraknya kurang dari 20 meter. kalau populasi penduduk bertambah setiap jam aku paham la,mungkin nak memenuhi keperluan penduduk.
Bila tgk dah ade yang berniaga, tak lama pastu kedai burger tumbuh cam cendawan selepas hujan dan selang beberapa bulan pastu pun kedai burger tutup bagai cendawan mati tak kena hujan. Kenapa? Alasan tak balik modal. Memangla tak balik modal bang oi, klu dah pembeli ade 10 tapi peniaga ade 25 orang, memang ramai la yang lingkup.
Tu antara contoh yg plg ketara, belum lagi trend ternak ikan keli, tanam tembikai susu yang rata-rata pengusaha sudahnya ambil hasil tu buat lauk makan sendiri kat rumah.

2 comments:

  1. biase la mado...orang melayu ni xnk tgk orng len maju dari die da sebati dalam kepala otak dorang...typical malays

    ReplyDelete